, ,

ALLAHYARHAM PAKNGAH MAT ARIS (BELAH KEDAH) ATAU PAKLANG MAT ARIS (BELAH PENANG)

Wednesday, July 10, 2019 Leave a Comment


إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه
Allahyarham Pakngah Mat Aris (belah Kedah) Atau Pak Lang Mat Aris (belah Penang) telah meninggalkan kita. Arwah seorang guru lama Gayong yang pernah saya bawa anak-anak buah dan rakan-rakan silat saya berkunjung menziarahinya semasa hayatnya bagi mendapat restu dan juga dikenalkan guru-guru lama.
Seorang yang mudah mesra dan menyimpan khazanah lama Seni Gayong. Biarpun saya tidak mendapat ilmu Gayong fizikal secara terus daripada Arwah, saya menghormatinya sebagai seorang gurulama dan menziarahinya semasa hayat kerana pesan Guru saya, Arwah Cikgu Rasip sebagai seorang permata yang perlu ditanya khabar.
Arwah antara yang mengiktiraf cara perlimau tapak/Seni yang saya ambil daripada Ayahanda Awang bin Daud. Katanya, itu lah terbaik. Cara Awang tu baguih, katanya.
Pernah juga berkongsi dan diberikan amanah dan ijazah ilmunya kepada saya. "Ada orang itu, orang ini mengaku aku bagi ilmu amalan kepada dia. Mengarut. Aku tak bagi dia pun amalan tu. Yang kita dok sembang tu semua aku ijazah kat kao, sambut tangan aku, kalau boleh sambut jawab aku, aku ijazahkannya......."
Anak menakan nya belah Penang ada pada salah satu masa tu. Tapi pesan terakhirnya pada hari itu lebih daripada amanah dan ijazah. "Tolong jaga Gayong. Buatlah (gelanggang). Sebar Gayong....... (setakat itu cukup)..."
Sama-sama kita doakan agar Arwah diampuni Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Kita doakan agar Arwah diberikan kesenangan urusan akhiratnya. Diberikan kelapangan di kuburnya dan dijadikan antara taman-tam,an syurga. Semoga jasa dan ilmu yang dicurahkan menjadi asbab kebaikan kepadanya. InsyAllah.

0 comments »

Leave your response!