, , ,

LATIHAN SILAT & EXAM

Thursday, July 11, 2019 Leave a Comment


Latihan silat agak suram bagi semua gelanggang kebelakangan ini atas alasan musim exam telah bermula.
Exam percubaan aan bermula isnin ini dan peperiksaan sebenar akan bermula September 2019 bagi semua peoeriksaan.
Sejak 1995 saya mengajar silat, bila sampai exam percubaan sahaja, ramai akan rehat silat. Walhal silat hanya 2 jam seminggu daripada 168 jam dan 4 kali sebulan. Hanya 1.1% masa latihan dan 98.9% lagi masih berbaki untuk perkara lain. Silat juga menjadi sandaran alasan nak rehat.
Tapi latihan diteruskan dengan mereka-mereka yang masih faham bahawa silat bukan menjejaskan tanggungjawab pelajaran mereka.
Pelik tapi benar, pengalaman saya selama 25 tahun, yang tak cuti silat lebih dapat keputusan akademik yg lebih baik. Malah dapat tempat pengajian dan rezeki kerja lebih baik.
Mungkin konsep berkat wujud masa bersilat. ðŸ˜‰

0 comments »

Leave your response!