, , ,

SILIBUS SILAT - KUANTITI ATAU KUALITI

Sunday, October 27, 2019 Leave a Comment


Ada orang minta belajar parang.
Ditanya kenapa saya, bukankah ramai guru yg ada semua itu. Pendek cerita, saya tak boleh ajar tanpa rujukan guru asal kamu. Nanti apa pula kata mereka.
"Ajar sesat
Ajar buah syok sendiri
Memandai ajar orang, macam dia pandai."
Itu andaian kerana itulah melayu. Semua rasa pandai. Semua ada iri hati kepada melayu yang lain.
Parang sahaja dah ada buah asas panjang dan pendek. Asas elakan. Buah bunuh. Buah serang. Buah tangkap. Gulung. Semua permainan parang 1hingga 4.
Katanya guru ada parang dan rantai. Bukan parang lawan rantai tapi senjata dirantaikan. Sebagai asas kepada pemainan gada-gada yang kini tiada bunyi langsung dah.
Silibus Gayong banyak. Lengkap dan kompleks. Sebab org dulu belajar dan belajar. Orang sekarang fikir peringkat dan bengkung. Bukan nak belajar memanjang macam orang dulu-dulu. Kini ramai terikat dengan masa dan kerja.
Bagaimana nak imbangi kesemua kekuranga ini dengan memajukan silat. Sebagaimana mendidik, semua perkara ikut zamannya.
Bagaimana nak pastikan silibus seiringan dengan pelajaran. Agar tidak ketinggalan tetapi tidak pula dibebankan.
Semoga semua silat boleh maju ke depan.

0 comments »

Leave your response!