,

“JANGAN TINGGALKAN PUSH UP DAN SIT UP”

Wednesday, April 15, 2020 Leave a Comment



Sepanjang mengajar silat daripada tahun 1995 sehingga kini, saya dipesan oleh guru dan senior sedemikian dan sehingga kini saya mengingatkan para pesilat dan sahabat saya agar jangan lupa kepada 2 senaman tersebut.
Kenapa 2 senaman itu penting?
Push Up atau tekan tubi boleh memastikan lengan, tricep, bahu, dada dan belakang berotot dan menjadikan tubuh lebih ringan bagi tujuan harian, silat dan ibadah. Manakala sit up memastikan perut tidak buncit atau terlalu gemuk.
tetapi dalam pengajaran kami, apa pun tujuan dan perbuatan kita dalam silat, sila dapatkan pahala. Tetapkan niat yang baik dan belajar rasional sesuatu benda kepada tujuan yang memberikan satu pahala dan mendekatkan kepada Pencipta.
Kami selalu katakan bahawa membuat 2 senaman ini adalah salah satu sunnah dan berpahala. Niatkan sedemikian. Bukanlah 2 senaman ini satu senaman yang dilakukan oleh Rasullulah SAW tetapi menjadi fizikal Rasullulah SAW bahawa Baginda memiliki tangan yang kasar, lengan, tricep, bicep, bahu dan belakang yang berotot pada. Dada yang bidang serta perut yang rata.
Tetapkan dalam melakukan senaman ini supaya fizikal kita ke arah itu dalam menyatakan kecintaan kita kepada Rasullullah SAW.
Bagaimana nak melakukan senaman ini?
Kami cadangkan kepada kebiasaan latihan agar melakukan senaman ini antara 50-200 kali sehari. Sit up lebih ringan berbanding Push Up. Sekiranya satu senaman boleh dilakukan sebanyak 10x pada setiap masa, maka setiap waktu solat, boleh dihabiskan sebanyak 50x sehari.
Jika pesilat boleh menonton televisyen, dan melakukan 10x setiap kali iklan TV, maka satu rancangan TV akan membolehkan senaman dibuat sebanyak 50-60x. Itu menjadikan 100-110x sehari. Selebihnya sedikit usaha untuk meningkatkan bilangan senaman yang dilakukan.
InsyaAllah, semoga bermanfaat.
Sesungguhnya Islam lebih suka ummatnya yang kuat

0 comments »

Leave your response!