, , , ,

KELAS SILAT ONLINE MINGGU DEPAN

Wednesday, April 15, 2020 Leave a Comment


Sepanjang musim #PKP ini, latihan telah ditinggalkan selama sebulan dan hari semakin meningkat. Proses untuk pemindahan barang di Naga Bora Fight & Fit Club juga tertunda.
Disamping menerima banyak pertanyaan tentang silat dan juga chat semasa dengan ahli melalui group ahli dan gurulatih, kami mencadangkan ahli membuat video live bagi pesilat mereka dan Cikgu Sham juga akan buat live bagi perbincangan ilmiah dengan gurulatih dan ahli sekaligus kelas online secara teori di facebook dalam minggu depan sebagaimana diperbincangankan semalam.
Mohon cadangan apa topik pengajaran nak diperbincangkan. Dan nyatakan cadangan anda di bahagian KOMEN.
Antara cadangan yang kami terima melalui ahli/gurulatih dan pembaca facebook kami ialah:
Pembukuan silat melalui penulisan dan video;
Seminar silat secara terbuka - adakah menjual ilmu?;
Gurulatih yang over selfclaimed;
Kenapa perlu jadi gurulatih?;
Adab guru - murid;
Menaikkan taraf silat agar dipandang tinggi.

0 comments »

Leave your response!