"Dah orang silat buat apa. Lawan pertahanan sistem pendidikan kita. Lawan ketidakadilan hak Melayu...."
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
"Dah orang silat buat apa. Lawan pertahanan sistem pendidikan kita. Lawan ketidakadilan hak Melayu...."
Kami usaha apa patut, takkan nak bagitahu semua.
Tapi apa yg penting adalah akar. Usaha baikkan akar harus diteruskan Dan jangan hentikan.
Kami sedang usahakan kembang biak akar iaitu anak-anak dengan sahsiah, kepimpinan, akhlak dan pelbagai agar di masa depan mereka mampu menjadi pemimpin yang beragama, pejuang yang gagah bila diperlukan. Peniaga yang mampu berkongsi dan benih yang akan membuat 1001 kebaikan kepada Islam.
Usaha ini yang dilakukan oleh pejuang ulamak Islam melalui silat. Usaha yang hari ini ramai Melayu pandang enteng. Sedangkan kemakmuran hari ini dinikmati atas dasar usaha sekecil ini.
Percayalah proses bertahun di dalam gelanggang akan mengajar dia banyak perkara asas. Perkara yang membimbing dia dan Islam kemudian hari.
Hantar Anak kepada gelanggang Silat dan guru yg baik, dia akan menjadi benih yg naik kemudian hari. Ibu dan bapa ambil bahagian dalam berpersatuan di sebalik anak berpeluh di gelanggang.
Nota: Alfatihah buat Paklong Zali
CIKGU SHAMS
1995 - 2026
31 tahun mengajar.

0 comments »
Leave your response!