Jawapan Kepada Email (15): Kisah Yuran Silat
Tuesday, August 25, 2009
Leave a Comment
....... komen cekgu pasal harga yuran silat pada masa kini banding dengan martial art lain...
email daripada AwangBesar, Jun 2009
(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)
Pada suatu ketika, Cikgu Ismail Chik menyatakan tiada yuran dikenakan oleh gurulatih Gayong yang merantau jauh di tempat orang bagi mengembangkan Gayong ini. Tetapi sekiranya dilihat dalam beberapa versi lain, semasa Gayong ini dikembangkan yurannya agak tinggi amat dihargai ilmunya. Nilai yuran yang agak tinggi sehingga mencecah $10 pada tahun 60-70an adalah suatu yang amat tinggi dan tidak semua mampu mempelajari Silat Seni Gayong.
Atas kesusahan mendapatkannya berdasarkan kos, banyak ilmu yang dipelajari amat dihargai dan pelajaran diambil secara tertib dan tekun. Pernah dinyatakan oleh seorang Gurutua Silat Kalimah bahawa suatu ketika dia amat sayangkan Gayong dan mempelajarinya tetapi terpaksa berhenti kerana tidak berkemampuan pada masa itu untuk membayar yuran.
Begitu sekali nilai dan darjat ilmu dibandingkan dengan kos oleh masyarakat kepada Silat Seni Gayong ini. Mungkin disebabkan dengan penetapan kos ini juga, Silat Seni Gayong pada masa itu amat gah dan mampu guru-gurulatih yang merantau mengembangkan Gayong dan mampu untuk menyertai acara disemua tempat.
Berkenaan soal masa kini, rasanya pihak pembaca boleh menilainya sendiri bagaimana mutu gurulatih dan nilai ilmu Silat Seni Gayong. Yang pasti saya berpendapat, nilainya makin berkurangan dan rasa hormat masyarakat untuk Anak Gayong pada masa ini telah hilang sama sekali. Yang bersisa kini hanyalah rasa hormat pada Gayong yang zaman dahulu. Hilang generasi lama, sudah tentu Gayong akan terus lenyap rasa hormatnya. Cuba fikir dan renungkan serta ambil ikhtibar dan rancang strategi individu bagaimana ingin tingkatkan rasa hormat masyarakat kembali.
Berkenaan yuran, pihak kami di KSSG, tidak menetapkan apa jua garis panduan tetap bagi yuran kecuali menetapkan satu kadar yuran bulanan minima iaitu RM15.00 sebulan. Pada masa ini terdapat 2 kaedah yuran yang kami kenakan iaitu RM15.00 & RM30.00 sebulan.
0 comments »
Leave your response!