, , , ,

KARISMA 2010 & Cikgu Ismail Chik

Friday, December 10, 2010 Leave a Comment

Semasa sukan UiTM tempohari, sempat beberapa pesilat turun ke Shah Alam dalam program tersebut. Disamping sukan silat yang turut dipertandingkan, lebih menarik untuk diceritakan pertemuan dengan orang lama seperti Cikgu Ismail Chik dan mengambil tahu beberapa aktiviti PESAKA yang mungkin kelab boleh sertai kelak.

Kebetulan pada hari-hari kejohanan, Zul Klang yang biasa dikerahkan menjadi wasit bagi PESAKA Selangor turut turun ke tempat pertandingan berkenaan bagi menguruskan wasit-wasit. Sempat juga berbual sedikit sebanyak mengenai perkembangan Gayong dengan Cikgu Ismail Chik.

Kagum melihat orang lama seperti Cikgu Ismail Chik masih menyarung uniform silat dan berada di tepi untuk memberikan sokongan kepada generasi muda. Masih sanggup turun padang dalam mendidik anak generasi muda di kala ramai gurulatih lama sudah memegang kuasa dan dok di tepi gelanggang.

Semoga semangat kegurulatihan ini boleh dicontohi kepada anak muda terutama yang telah berGayong dan layak mengajar mahupun tamat peringkat Tapak Gayong. InsyaAllah.

0 comments »

Leave your response!