, , , ,

HIMPUNAN PESILAT MTM KE-2 [1992-2015]

Tuesday, December 02, 2014 Leave a Comment


Madrasah Tarbiah Mardziah nama kecil dalam Seni Gayong. Tidak pernah minta dipandang. Tetapi selepas berbual dengan mahagaru tadi, teringat pula kenangan lama di sana. Sepak terajang Cikgu Hafiz selaku gurulatih dan sahabat serta doa para ahli yang berterusan, menghidupkan Seni Gayong sehingga kini.

"Mungkin kita patut adakan perhimpunan sekali lagi mahagaru!"

Produk-produk lahir daripada gelanggang kecil itu terus berkhidmat dan menjalankan amanah kembangkan Seni Gayong sehingga kini. Ada yang membuka di luar negara. Ada di negeri selain Kelantan dan ada juga masih memberikan khidmat sehingga kini. Malah dilaporkan gelanggang ini menjadi tunjang kegurulatihan di Kelantan buat masa ini.

InsyAllah akan dirancang elok-elok di tahun 2015. Tahniah buat pimpinan utama di sana..

0 comments »

Leave your response!