PERBINCANGAN MENGENAI PSSPGMKL
Monday, December 01, 2014
Leave a Comment
Perbincangan dan pertemuan dengan Pakndak Majid telah dibuat pada 29hb November 2014. Penerangan telah dibuat mengenai PSSPGMKL oleh Pakndak Majid sendiri dan memandangkan pihak kami tidak ada berniat untuk turut meneruskan apa-apa tindakan bagi mengendalikannya selepas keputusan PSSPGM untuk membuat pemilihan baru, tidak banyak perbualan mengenai pentadbiran antara kami. Cuma selebihnya perbincangan mengenai amalan dan situasi semasa Pusaka Gayong Malaysia sebagaimana keperluan pengetahuan lanjut kami.
Mengenai PSSPGMKL, Cikgu Shams hanya sekadar memberikan cadangan agar dapat diteruskan oleh Waris Amanah yang dilantik oleh Pakndak Majid bagi negeri Kuala Lumpur. Pakndak Majid bersetuju mengenainya dan hasrat, cadangan dan laporan lengkap selama 5 bulan telah dikemukakan secara bertulis.
Terima kasih buat semua.
0 comments »
Leave your response!