, , , , , , , ,

MATLAMAT KAMI DI TAHUN 2015

Thursday, January 01, 2015 Leave a Comment




MATLAMAT 2015


Pentadbiran
Kami hanya mahu bersilat. Tetapi bukan nak bersilat sangat kerana kami tidak hebat. Cuma kami berharap jika dapat dekati anak-anak muda dan kecil, dapat sedikit sebanyak membentuk sosial dan akhlaknya. Disamping kami membaiki diri. Maka kami akan merealisasikan matlamat;
  • Memperkemaskan pentadbiran;
  • Menambahkan penyertaan daripada pimpinan luar Lembah Klang;
  • Menaikkan 2 ikon baru pimpinan silat daripada kami bagi peralihan kuasa pentadbiran setiap 2 tahun;
  • Membaikpulih hubungan dengan pertubuhan bukan Gayong;
  • Mempromosi sedaya mungkin untuk naik ke depan;

Kegurulatihan
Kami tidak hebat dengan silibus mahupun praktikal. Dengan sistem yang baik, pihak kami berharap dapat menonjolkan satu pimpinan kegurulatihan yang baik akhlaknya dan kepimpinannya. Maka kami akan merealisasikan matlamat;
  • Memantapkan Lembaga Gurulatih;
  • Membanyakkan kursus gurulatih dan perlantikan gurulatih;
  • Penganjuran seminar berterusan bagi dana;
  • Perbanyakan pesilat/ahli. Kalau kami tidak turun gelanggang, siapa nak;
  • Promosi dan pengambilan ahli bukan Melayu. Sebab melayu tidak berminat;
  • Ujian Gred dan sijil berpusat;
  • Bacaan Manzil diwajibkan;

Adat
Kami tiada menubuhkan apa-apa badan adat atau mendahulukannya dalam pentadbiran. Masing-masing kekal dengan jawatan dan tugasan yang ada. Tetapi Lembaga Adat yang berpusat akan memastikan kelancaran pentadbiran keseluruhannya dengan nasihat yang perlu.



2 comments »

  • Anonymous said:  

    Assalamualaikum tuan..saya sangat berminat untuk belajar seni gayong. Jadi macam nak mendaftar,keahlian masih dibuka lagi ke, latihan hari apa ye, umur saya dah 30 pun boleh lagi ke untuk belajar

  • Anonymous said:  

    Saya juga pernah belajar silat lain masa sekolah dulu. Apa yang menarik minat saya ialah adanya konsep tazkirah dan dakwah

  • Leave your response!