, ,

PERUTUSAN 23 JUN - WANG PERLIMAU

Tuesday, July 28, 2015 Leave a Comment


PERUTUSAN 23 JUN - WANG PERLIMAU

23 Jun sememangnya diingati buat semua Anak Gayong kerana Allayarham Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR) meninggal dunia pada 23 Jun 1991. Pejam celik -pejam celik dah 24 tahun meninggal.

ADMAR bukanlah satu-satunya ikon Seni Gayong tetapi atas usaha gigihnya, Seni Gayong bertapak lebih kemas dan berkembang maju. Selainnya masih banyak Seni Gayong yang dikembangkan atas nama sama mahupun lain. Baik daripada datuknya dan murid-murid kemudian mahupun abangnya Datuk Meor Aziz (ADMAA).

Persekutuan mempunyai susur galur keduanya yang diperolehi gurulama dengan amanah ketat agar seni ini berkembang. Bukan sekadar silat tetapi kepada apa jua membawa kebaikan. Maka sahsiah dan Islam menjadi tunjang kepada kami semua agar niat ini akan terjaga sampai bila-bila.

Biarpun masih baru tetapi rezeki kami tidak pernah putus. Biarpun hilang sedikit sokongan atas prinsip, kami mendapat lebih sokongan dan rakan lain. Kami tidak menagih tetapi kami sedaya upaya menguatkan niat kami agar ikhlas dalam perjuangan ini. Kami bukan mencari wang dan pangkat.

Sempena 23.06.2015 yang menjadi ingatan saban tahun, saya ingin maklumkan bahawa sejumlah wang sebanyak RM1,564.00 yang diperolehi melalui majlis perlimau pesilat Persekutuan Sendi Harimau tahun ini (setakat 01.06.2015) akan didermakan sepenuhnya bagi perbelanjaan berbuka puasa untuk Pusat Jagaan Anak Yatim dan Tahfiz Quran yang terpilih. Semoga berkat pahala derma tersebut menjadi saham akhirat kepada pesilat, penjaga mereka dan guru-guru Seni Gayong.

Bermula daripada tarikh 23.06.2015, secara RASMINYA saya mengisytiharkan keputusan mesyuarat Persekutuan mengenai wang perlimau seperti berikut:

"Setiap perlimau hanya akan dilakukan oleh seorang sahaja di seluruh dunia pada satu-satu masa. Setiap sen duit perlimau DIHARAMKAN ke atas sesiapa dan pertubuhan kecuali didermakan keseluruhannya untuk kebaikan. Semoga Allah merahmati gurulatih-gurulatih Persekutuan dan Pentadbiranya"

MOHD HISHAM NAZIR
Pengerusi Kedua Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia
(2014 - 2016)
23.06.2015

0 comments »

Leave your response!