Showing posts with label latihan online. Show all posts
Showing posts with label latihan online. Show all posts
, , , , ,

KELAS ONLINE MINGGUAN

Sunday, February 28, 2021 0 comments


Alhamdulillah.
Selesai perkongsian sembang mingguan
Start minggu ini kita buat kelas online sembang tentang permasalahan dan cabaran dalam Sendi Harimau / Seni Gayong
Minggu ini lebih bertanya khabar
Semua sihat di musim PKP
Ada cadangan utk buka kepada umum.
Mungkin buka kepada umum kena buat tiket, baru banyak idea nak dikongsi bersama. Masing-masing tak segan.
Saja nak up yg aktiviti SH jalan macam biasa
Cuma tak se-gah yang lain.
Asal hidup, asalkan berkembang.
Demi dakwah dan kebaikan bersama.


 

Read the full story

, , , , , ,

SENDI HARIMAU MUSIM PKPB SEHINGGA 06.12.2020

Friday, November 13, 2020 0 comments


Semua latihan telah dihentikan termasuk latihan personal One by One di kesemua Pusat Latihan Sendi Harimau seluruh Malaysia bagi mematuhi SOP KKM sepanjang PKPB.
Walaubagaimanapun setiap tugasan/challenge yang dibekalkan oleh gurulatih digantikan sebagai kelas sepanjang PKPB.
Buat masa ini, hanya latihan Sendi Harimau di Masjid Panchor Kemumin sahaja meneruskan latihan kerana di sana tidak terlibat dengan PKPB dan telah bermula kelasnya sebelum ini. Cuma sepanjang PKPB, latihan tidak dibuka kepada awam dan hanya terhad kepada AJK Masjid sahaja bagi mengehadkan jumlah pelatih.
Latihan dijalankan oleh Cikgu Muzani yang mana Sendi Harimau Kelantan & Terengganu secara bersama dikendalikan oleh Cikgu Muzani dan Cikgu Akram
Semua latihan di Kelantan & Terengganu selain Masjid Panchor kemungkinan akan bermula selepas PKPB atau Januari 2021.
Kepada yang berminat untuk join di Kelantan & Terengganu (Kota Bharu, Kubang Kerian, Panchor dan Besut) sila hubungi Cikgu Muzani (www.wasap.my/60139724337) Manakala di Kemaman sila hubungi Cikgu Akram (www.wasap.my/60199876980)
Terima kasih.


 

Read the full story

, , , , , ,

PKPB - NOTIS PENUTUPAN LATIHAN SILAT DI NEGERI SELANGOR, PUTRAJAYA & KUALA LUMPUR (14-27 OKT 2020)

Monday, October 12, 2020 0 comments


Berminat nak join silat?
Berminat nak buat seminar self defense?
Berminat nak buat personal class?
klik dan msg kami - www.wasap.my/60109647931
.........................................................................................
Selaras dengan arahan Kerajaan Malaysia bagi melaksanakan PKPB di seluruh Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang mana turut melibatkan latihan ahli Sendi Harimau Malaysia, maka pihak Persekutuan dengan dukacita memaklumkan sebagaimana berikut:
O Semua latihan bagi ahli atau pusat latihan di Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah dihentikan bagi tempoh tersebut:
O Pihak Persekutuan memohon kerjasama semua ahli mematuhi SOP dan bersama-sama membantu membendung wabak COVID19 sepanjang tempoh berkenaan;
O Latihan diteruskan secara persendirian atau melalui online adalah digalakkan.
Sepanjang tempoh PKPB, pihak persekutuan akan menyediakan beberapa video online bagi latihan dan keilmuan melalui sembang santai melalui laman Facebook Persekutuan.
Manakala latihan ditempat dan negeri tidak dikenakan PKPB, boleh diteruskan sebagaimana SOP yang dikenakan.


 

Read the full story

, , , ,

KELAS SILAT ONLINE MINGGU DEPAN

Wednesday, April 15, 2020 0 comments


Sepanjang musim #PKP ini, latihan telah ditinggalkan selama sebulan dan hari semakin meningkat. Proses untuk pemindahan barang di Naga Bora Fight & Fit Club juga tertunda.
Disamping menerima banyak pertanyaan tentang silat dan juga chat semasa dengan ahli melalui group ahli dan gurulatih, kami mencadangkan ahli membuat video live bagi pesilat mereka dan Cikgu Sham juga akan buat live bagi perbincangan ilmiah dengan gurulatih dan ahli sekaligus kelas online secara teori di facebook dalam minggu depan sebagaimana diperbincangankan semalam.
Mohon cadangan apa topik pengajaran nak diperbincangkan. Dan nyatakan cadangan anda di bahagian KOMEN.
Antara cadangan yang kami terima melalui ahli/gurulatih dan pembaca facebook kami ialah:
Pembukuan silat melalui penulisan dan video;
Seminar silat secara terbuka - adakah menjual ilmu?;
Gurulatih yang over selfclaimed;
Kenapa perlu jadi gurulatih?;
Adab guru - murid;
Menaikkan taraf silat agar dipandang tinggi.
Read the full story