Showing posts with label Facebook Page. Show all posts
Showing posts with label Facebook Page. Show all posts
,

TAHNIAH BUAT SH PERAK

Monday, February 04, 2019 0 comments













Ujian bengkung 1/2019 bagi latihan di bawah kelolaan Cikgu Fairuz. Tahniah semua!











Read the full story

,

MEMANAH - ANAK MELAYU MAMPU

Friday, January 18, 2019 0 comments

MEMANAH - ANAK MELAYU MAMPU
Alhamdulillah memecah monopoli hungary dalam kedudukan pemanah terbaik.
About This Website
BHARIAN.COM.MY
• Siapa sangka seorang anak Melayu dari Malaysia mampu memecah monopoli pemanah Hungary yang sekian lama mengungguli kejohanan HDH-IAA World Historical Traditional Archery, yang dikuasai negara itu sejak dua dekad lalu.
Read the full story

,

PAIP KEMUDAHAN LATIHAN GURULATIH








Alhamdulillah
Paip siap untuk kemudahan latihan dan program di Pusat Latihan Seri Cheeding.
Terima kasih atas sponsor






Read the full story

,

KAMI ORANG BIASA-BIASA

Tuesday, January 15, 2019 0 comments


Kalau sebut Gayong, banyak binatang di kaitkan. Baik naga, harimau, singa dan lain-lain. Sukar nak cakap kami macamana utk isu lambang dan pembawaan.

Kami dengan cara kami untuk bersama masyarakat untuk membina satu legasi kecemerlangan bersama. Kalau ada pahala dalam membina akhlak dan kebaikan dalam jati diri Muslim, mohon pahala ini dikongsi kepada semua guru-guru, ibubapa dan keluarga kami.

Semoga bila kami tiada kelak, pahala ini akan berjalan menemani kami melalui anak didik kami. Wang, pangkat dan hebat, letak tepi dulu.

Itu yang lambang baru Sendi Harimau tiada apa-apa unsur binatang. Malah ini lambang pertama sejak ia 1975. Dokumen ROS yang ceritakan.

Ini suasana latihan di Pusat Latihan Puncak Perdana di bawah kelolaan cikgu Lan minggu ini. Berminat join kami sila whatsapp di bawah.

#sendiharimau
#gayong
#silat

...,..............

Serta kami di latihan berikut:

SERI CHEEDING, JENJAROM -www.wassap.my/60139307961
PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM -www.wassap.my/60143384184
PUCHONG PERDANA, PETALING JAYA -www.wassap.my/60169830501
MANJUNG, PERAK -
www.wassap.my/60174479323
KUANTAN, PAHANG
www.wassap.my/60193023276
TATIUC KEMAMAN, TERENGGANU
www.wassap.my/60193023276

Lain- lain gelanggang rujuk diwww.sendiharimau.org
Read the full story

,

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH ABANG DIR SEKELUARGA

Wednesday, January 09, 2019 0 comments


SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH ABANG DIR SEKELUARGA

Selamat menunaikan umrah Mahathir Hussin dan sekeluarga. Semoga didoakan kami panjang untuk ke sana lagi.

Doakan sekali perjalanan Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia lancar dengan segala dugaan dan berjaya mencapai hasrat dan harapan bagi mendidik sahsiah anak-anak generasi baru melalui Seni #Gayong

Nota: Abang Dir bagi nasihat deep kepada Nuqman Hisham Nazir
 — with Nuqman Hisham Nazir atPersekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia.

Read the full story

,

POSTER PUSAT LATIHAN SH SRI CHEEDING

Monday, January 07, 2019 0 comments



Poster Aktiviti Pusat Latihan SERI CHEEDING
Share please!


Read the full story

, ,

BEKAM PERCUMA SEPANJANG 2019

Monday, December 31, 2018 0 comments




Ini adalah khidmat masyarakat yang kami bawakan antaranya di tahun 2019. Tarikh-tarikh bekam telah dinyatakan di poster berkenaan.
Lokasi tepat boleh diperolehi dengan Whatsapp nombor pertama di poster atau di 0139307961.
Bekam dibuat oleh ahli mahir diketuai oleh Encik Rahmat yang amat berpengalaman sebagai pembekam dan tenaga pengajar bekam.
Bekam asas adalah percuma dan jika ada bayaran ikhlas amat dialukan bagi menampung kos-kos sampingan semasa perjalanan rawatan.
Terima kasih.
— at Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia.
Read the full story

,

BBQ 13.0


BBQ 13.0 pembuka awal tahun 2019. Semoga 2019 lebih baik dengan perlaksanaan rancangan lebih baik.
Untuk kos menu kami berbesar hati jika seorang pesilat RM15 sahaja. selebihnya di taja. Sila rujuk kepada Event di FB Page kami.
Read the full story

,

GFC TINGGAL KENANGAN

Wednesday, December 26, 2018 0 comments

Biarpun milik dan penggunaan jenama daripada mula oleh SH, kami melepaskan bagi memulakan yang baru. 





Trophi Pesilat Terbaik Lelaki dan Perempuan GFC 6.0 .
.
Best always the best



Read the full story

, ,

GFC DI RTM









Read the full story

,

GAYONG FIGHTING CHAMPIONSHIP 6.0 DI SELAMAT PAGI MALAYSIA, RTM


GAYONG FIGHTING CHAMPIONSHIP 6.0 DI SELAMAT PAGI MALAYSIA, RTM
Alhamdulillah bersiaran live daripada RTM pagi ini. Jumpa mereka di Summit USJ 1 pada 1.09.2018 bagi menyaksikan pertandingan tersebut.
Hisham Nazir & Co masih memberikan tajaan bersama Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia.
Cuma tahun ini, McDonald offer diri menaja mereka.
Yang bangsa silat, turun bagi tajaan moral pun dah okay.
Read the full story

,

GOTONG ROYONG 1/2018

GOTONG ROYONG 1/2018

Lupa nak selfie masa gotong royong
Takdan sebab semua rajin
Selfie time makan..

Minggu depan ada lagi gotong royong.
Menu lain pulak.
Kambing tergolek katanya
 — at Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia.

Read the full story

,

MAKAN-MAKAN STEAMBOT RAYA





MAKAN-MAKAN RAYA
Alhamdulillah...makan malam steamboat bersama sahabat2.Trm ksh kpd semua yg hadir.Walau siapa pon kita,kita tetap saudara.Saudara seagama,saudara silat.
Read the full story

,

ARTIKEL

Monday, April 02, 2018 0 comments


Mencari tersirat belum terungkai,
Ilmu hilang dicari kelam,
Mengengam erat mencekik leher,
Permainan tangkas mencuri nafas!



KENAPA KERIS?

Ada orang tanya saya kenapa saya kaji keris. Bagi saya keris adalah produk budaya Melayu yang sangat istimewa.

1. keris adalah sains Melayu. Dalam sebilah keris terlihat ilmu fizik, ilmu kimia, dan ilmu biologi Melayu. Pada reka bentuk bilah, bahan besi yang diadun dan ditempa, pada reka bentuk hulu dan sarung, jenis kayu dan properties yg terkandung dalam kayu tersebut, pada asid lemah dan asid kuat utk merendam bilah serta bahan arsenik utk warangan, pada racun biologis daripada tumbuhan serta haiwan utk menambah bisa pada bilah mata, segala2nya bukti yg terpadu menunjukkan kebijaksanaan Melayu silam. Rahsia ini hanya terdedah apabila kita mengkaji keris dgn hati terbuka dan ikhlas. Rahsia ini pasti tersembunyi jika kita melihat keris dgn penuh benci atas andaian keris punca khurafat dan sesat.

2. keris adalah teknologi Melayu. Bagaimana bahan besi dikutip kemudian diadunkan sebelum dibentuk menjadi bilah sama ada lurus atau berlok. Tanpa jangkasuhu bagaimana empu mengenal tahap lebur besi dgn hanya melihat warna api. Bagaimana besi baja dan besi tawar dipadukan sedangkan mempunyai tahap suhu lebur yg berbeza. Kepandaian tukang katana Jepun hanya mampu mengadun 3 jenis besi. Bagi empu Melayu 7 jenis besi adalah bilah biasa. Keris istimewa adalah campuran puluhan jenis besi termasuk nikel dan meteorite. Bagaimana terhasilnya corak pamor yg indah sama ada secara alami atau sengaja dirancang. Bagaimana bilah mata dikikir dan lurah dihasilkan. Bagaimana bilah seimbang sedangkan bentuknya tidak simetrikal. Bagaimana pakaian keris dilicin dan dikilatkan tanpa peralatan berteknologi spt sekarang. Tak akan terhasil jika tidak ada teknologi pada leluhur kita orang Melayu. 

3. keris adalah falsafah Melayu. Bagaimana keris dlm sarungnya sentiasa terkunci dan hanya direnjis apabila pemiliknya berhajat menggunakannya. Keris lambang kedaulatan, lambang maruah dan lambang jati diri Melayu. Orang Melayu juga menghasilkan dan menggunakan panah, pedang, parang, golok, sundang, badik, pisau, lela, rentaka, istinggar, pemuras, terakol, lembing dan tombak namun keris juga yang dipilih menjadi simbol kemelayuan. Keris adalah lambang keberanian Melayu apabila keadilan menjadi tuntutan. 

Ringkasnya keris adalah epitome ilmu Melayu. Keris adalah Melayu...



Read the full story

, ,

LATIHAN SILAT DI SMK PUCHONG PERDANA

Wednesday, August 16, 2017 0 comments






Latihan silat pagi tadi di SMK Puchong Perdana
Setiap Sabtu jam 10.30 pagi
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi 016-9830501 (Nazrin)


Read the full story