Showing posts with label sandang. Show all posts
Showing posts with label sandang. Show all posts
, , , ,

APA SANDANG YANG DIKATAKAN BINTANG CULA TU?

Saturday, July 16, 2022 0 comments

 


APA SANDANG YANG DIKATAKAN BINTANG CULA TU?

Sandang yang ada dan diwujudkan di dalam Sendi Harimau Malaysia hanya satu sandang sahaja iaitu Sandang Bintang Cula yang sebagaimana gambar tersebut. Lantainya hitam dan dua jalurnya perak.
Kelayakan sandang ini hanya dua syarat. Pertama; khatam Qul sekurangnya sekali khatam. Kedua; mempunyai gelanggang silat. Syarat bergelanggang dan mengajar gelanggang ini hanya terhad kepada gurulatih bawah bengkung hitam cula II dan umur 55 tahun ke bawah, yang mana-mana lebih awal.
Sandang Bintang Cula ini boleh dipakaikan sendiri atau dipakaikan oleh Pertubuhan. Sekiranya pada tahun berkenaan, pemakai sandang tidak mengajar bergelanggang, maka beliau tidak boleh memakai sandang Bintang Cula walaupun sandang berkenaan tidak dilucutkan.
Sandang Bintang Cula adalah sandang asal yang diwujudkan oleh Seni Gayong semasa zaman awal Gayong sehingga dinaiktaraf oleh ADMAR kemudiannya. Dua (2) syarat pemakaiannya masih di gunakan oleh Allahyarham Meor Aziz sehingga akhir hayatnya.
"Hanya Sandang Bintang Cula sandang yang diwujudkan dan diiktiraf dalam Seni Gayong awalnya dan digunakan oleh Meor Aziz dan Meor Rahman (pada awal pembukaan) tetapi pembaharuan yang dibuat oleh ADMAR juga suatu yang baik kepada Seni Gayong" - Pakngah Ali, Murid kanan Allahyarham Meor Aziz
Read the full story

, , , ,

CALON BENGKUNG HITAM CULA 1/2021

 


CALON BENGKUNG HITAM CULA 1/2021

MOHD HISHAM NAZIR

BENGKUNG HITAM SENDI HARIMAU CULA I (1/2021)

Kata Pembukaan
“Sepanjang berGayong, silat ini tidak pernah jaga saya sebaliknya saya sedaya upaya jaga Gayong. Banyak telah habiskan masa, wang dan kudrat dalam berGayong. Dengan harapan dan doa agar ia mampu memberikan impak baik kepada masyarakat Muslim kita sudut dakwah, sahsiah, kesihatan, ekonomi dan lain-lain. Selebihnya menjadi saham akhirat saya. Tekadkan niat pengorbanan dalam berGayong adalah kerana Allah dan bukan mengharapkan apa-apa sandang, bengkung, pangkat, nama, harta dan kelebihan. Nyatakan pengorbanan dan komitmen kita melalui tindakan bergelanggang sebagai pelajar dan pengajar serta bukan mengejar material semata-mata”
Memenuhi syarat kelayakan Bengkung Hitam Sendi Harimau Malaysia
Calon adalah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia (SH Malaysia) bagi anugerah bengkung hitam bercula satu sebagaimana berikut:

1) Bergayong melebihi 20 tahun (Telah berGayong selama 33 tahun)
2) Telah menjadi Gurulatih melebihi 15 tahun (Telah mengajar 27 tahun)
3) Bersandang bintang cula.
4) Berumur 40 tahun ke atas (Telah berumur 43 tahun)
5) Khatam Qul melebihi 3 kali (Telah khatam Qul melebihi syarat asas)
6) Aktif mengajar, sumbangan penulisan dan pengurusan dalam aktiviti/organisasi Gayong atau Sendi Harimau Malaysia;
Latar belakang am
Calon dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Mendapat Pendidikan rendah di SK Kedai Buloh dan menengah pula di SMU(A) Tarbiah Mardziah (dalam masa yang sama di Pondok Tok Ayah Kedah) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia peringkat Matrikulasi, Sarjana Muda Kepujian dan Sarjana dalam bindang Undang-Undang. Didaftaraikan oleh Mahkamah Tinggi sebagai peguambela dan peguamcara semenjak 2004. Menyambung pendidikan peringkat Diploma Lanjutan Syariah dan Perundangan di Univerisiti Teknologi MARA dan telah didaftaraikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah sebagai peguam syarie kemudiannya. Kini berkhidmat di pejabat guaman Hisham Nazir & Co yang berpejabat di Selangor dan Kedah. Juga menjadi felo undang-undang di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), speaker di media massa dan IPTA.
Latar belakang Seni Gayong
Didedahkan peringkat awal dengan silat tari/cantik/pulut dengan silat tongkat selain Tomoi dan Muay di Kota Bharu. Selain itu didedahkan perubatan melayu dan Islam. Juga mempelajari beberapa silat lain semasa di Selangor, Kuala Lumpur dan di Kelantan.

Mendapat pendedahan awal zaman kanak-kanak mengenai Seni Gayong melalui Gayong Malaysia di Kota Bharu pada awal 1988. Hanya terlibat secara rasmi pada tahun 1993 apabila diperlimaukan Tapak oleh Cikgu Awang bin Daud pada tahun yang sama di Kemumin.
Aktif sebagai pelatih dan tenaga pengajar Seni Gayong bagi lebih 15 gelanggang di Kelantan (lebih 18 gelanggang di Kota Bharu sekitar tahun 1994-1997) dan 23 gelanggang di Selangor (Pusaka Gayong Selangor dan KSSG).

Bermula sebagai pembantu gurulatih sejak tahun 1994 dan mengajar gelanggang penuh pada 1995 (turut membantu mengajar) bagi kebanyakan gelanggang Pusaka Gayong di Kawasan Kota Bharu (12 gelanggang). Aktif sebagai Bendahari, Penolong Setiausaha dan Setiausaha Pusaka Gayong di Panchor dan PSSPGM Bahagian Kota Bharu.
Calon juga adalah selaku bekas Pengerusi Pusaka Gayong Kuala Lumpur, Pengerusi Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya (KSSG), Pengerusi Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia, Pengerusi Naga Bora Fight & Fit dan beberapa yang lain dan beberapa penasihat /penyelia kepada kelab silat di Selangor dan Kelantan.
Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia yang berasas daripada tahun 1975 telah didaftarkan semula oleh Calon di Selangor pada tahun 2014 bagi menyelesaikan permasalahan di Kuala Lumpur semenjak 1980-1983 dan menjalankan amanah dalam penerimaan amanah persatuan asal. Calon telah meneruskan amanah yang diterima ke atas persatuan baru dan menjenamakan persatuan tersebut kepada penambahan Sendi Harimau Malaysia pada Disember 2014 dan aktif sehingga kini walaupun terpaksa dengan kehilangan dan melepaskan kesemua kepentingan yang ada dan meneruskan usaha silat ini daripada mula.
Kini aktif di bawah gelanggang seliaan di Bandar Saujana Putra di Selangor dan di Pendang serta Changlun di Kedah. Selain itu menyelia terus gelanggang gurulatih di Kelantan dan Selangor. Selain Sendi Harimau Malaysia, Calon adalah pemegang bengkung hitam cula 4 Seni Gayong.
Read the full story