, , , , , , , , , , , , ,

Kempen Hari Gayong Setiap Sabtu. Hanya Untuk Yang Ikhlas Sahaja.

Sunday, January 02, 2011 Leave a Comment

Jangan Lupa Klik SHARE



Menjelang Tahun Baru baru-baru ini, pihak Kelab ada membuat sedikit perbincangan yang mana di awal tahun ini ada beberapa program awal akan dilaksanakan yang mana akan membuatkan jadual kami padat sehingga Tahun Baru Cina. Program-program yang telah pasti akan dikemaskinikan pada masa terdekat nanti untuk makluman ahli dan juga rakan-rakan seperjuangan serta pendokong seni silat.

Kami mengambil kesempatan yang pertama di awal tahun baru untuk memaklumkan satu CABARAN khas kepada Anak Gayong yang berani menaikkan nama seni silat terutama Seni Gayong sahaja. Yang agak was-was mahupun malu atau tidak berani untuk bersama memperjuangkan disiplin yang banyak mendidik anak muslim, anda tidak patut terus membaca entri ini.

Cabaran dan kempen ini akan dimulakan oleh Anak Gayong di bawah Kelab kami bermula sabtu depan iaitu selepas 07.01.2011, pihak ahli kami akan memakai baju bertemakan/berlambangkan Seni Gayong pada Setiap Sabtu di mana sahaja kami berada kecuali ditempat yang tidak dibenarkan seperti tempat kerja atau sebagainya. Selain daripada itu, pada minggu hadapan Anak Gayong kami akan mula memakai baju Gayong terutama T Shirt pada setiap sabtu sebagai memberikan sokongan kepada seni silat terutama Silat Seni Gayong dan menaikkan kembali nama Seni Gayong di bibir masyarakat Islam Malaysia.

Selain daripada ahli KSSG yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa, baju-baju Seni Gayong juga akan dipakai oleh kaum keluarga Anak Gayong serta pasangan mereka apabila mendapat reaksi yang baik tempahan baju T Shirt KSSG 2011.

Kepada ahli-ahli KSSG yang ingin mendapatkan baju korporat mahupun T Shirt KSSG boleh berbuat sedemikian melalui gurulatih gelanggang atau terus di pejabat KSSG di Puchong. Cabaran dan kempen ini hanya untuk semua Anak Gayong yang ikhlas di hati sahaja. Yang pandai cakap sahaja, teruskan dengan mimpi dalam melihat kepupusan warisan disiplin melayu.

Bayangkan kalau semua pakai baju Seni Gayong pada sabtu, tak mengira pertubuhan Seni Gayong kami pasti yang mereka ini akan bertegur sapa dan silaturahim antara kita lebih erat. Cuma persoalannya; Adakah anda berani & ikhlas?

9 comments »

  • Anonymous said:  

    idea yg amat baik untuk semua silat sbnrnya. ini yg bagus pentadbir kelab ni

  • SH said:  

    Terima kasih kepada semua sokongan.. Doakan kesihatan pakndak majid

  • anas said:  

    satu peringtan...akhlak2 isalm itu perlu sntiasa dipelihara.....lbh baik ia mnampakkan cermin islam dalam melayu....yg ni yg terbaik!!!...jgan plak nnti pakai bju gyg atau sbgainya buat kerja2 yg x senonoh...cth:couple n sbgnya...

  • SH said:  

    Bukan ketika pakai baju Gayong atau tidak tetapi asal perlu dilihat daripada latihan bagaimana gurulatih mendidiknya. Org lain kami tidak tahu, tapi KSSG tidak pernah ada masalah dengan disiplin.

    Apapun semoga dengan ada baju berkenaan terjaga la nma Gayong. Ada rasa malunya.

  • Anonymous said:  

    Ada Boss! Hari ini saya jalan dgn sopan nya di dalam lif. Ada yg melirik ke lencana KSSG.Jadi kena jaga nama laa sikit.

  • SH said:  

    Pasal naga merah dia ingat awak nak raya awal kot..

  • Anonymous said:  

    heeh..heh...Bos tak pernah lupa asal..saya!

  • aliaze said:  

    Ditempat saya tiada sediakan t-shirt tu, bolehkah sdr bg hp @ address dimana dpt saya belikan t-shirt tu.
    Terima Kasih

  • SH said:  

    SMS kepada 014-9933774 untuk T Shirt. Harga RM10. Pos dalam RM5.95

  • Leave your response!