, , , , ,

NASIHAT NAK BELAJAR RAWATAN & PERBOMOHAN

Monday, December 14, 2020 Leave a Comment


Dok nanti orang tanya bab keris sebab banyak sangat lalu post pasal keris dan senjata. Tup-tup orang tanya bab perubatan i.e Rawatan Islam dan perbomohan.
"Elok ka nak belajar berubat jugak"
Jawapan saya:
[Asas belajar] - Elok la belajar berubat. Untuk diri sendiri ataupun boleh tolong orang. Belajar perkara tu fardhu kifayah. Cuma cari guru elok kemudian ilmu elok. Mentera sebaiknya jangan. Bukan tak boleh, tapi takut jatuh haram kepada awak. Orang lain mungkin harus.
[Kebaikan orang silat] - orang silat biasanya minat benda lagu ni. Daripada tersasar perkara tak elok, cuba cari guru elok dan boleh buat kawan. Akidah terjaga, silaturrahim terbina dan manfaatnya ada.
[Risiko] - Belajar mengubat kekadang risiko untuk sakit banyak. Sakit daripada kita, semasa belajar, daripada mengubat orang dan sebagainya. Sebab itu orang tua pesan, nak belajar urut patah boleh tapi kemungkinan kita baik keluarga kita patah tu tinggi sebelum dan selepas kita mula amalkan ilmunya. Apa yang tak menarik, kita tak boleh mengubat mereka. Dalam erti kata, kemungkinan ilmu kita tak mujarab bagi kebanyakan ahli keluarga itu.
Bukan kata ilmu patah sahaja. Ilmu lain pun sama. Kemungkinan juga ilmu rawatan lain seperti rawatan kanser, kita yang ada ilmu ini kena kanser. Begitulah amaran awal orang dulu. Ujian sentiasa ada.
Saya dulu pun kutip banyak amalan dan ilmu perubatan. Sebab itu amaran ini yg paling takut sebab antara pernah dikutip, ilmu perubatan tenaga batin. Bukan ilmu kebal, ilmu bawah tu.
[Adab mengubat] Samada belajar sebab nak tahu dan belajar ilmu ataupun nak amalkan untuk bantu orang atau mengubat. Samada anda ikhlas atau mencari wang, saya nak pesan sebagaimana pesan guru saya.
""Mengubat dan bantu itu bagus. Tapi jangan sekali minta upah. Sebab usaha kita hanya pada ayat Quran dan mentera atau serapah. Itu ikhtiar yang am dan penyembuhnya Allah. Jangan letak harga. Kecuali harga kos kerja khusus seperti jual air botol (utk jampi), upah cari herba, jual pokok herba, kos perjalanan, dan apa-apa melibatkan jual beli. Allah akan bantu murahkan rezeki kita." (Lebih kurang)
Saya dah komen status saya pasal bab ni hari tu.. Kena kecam teruk jugak la. Depa tak tahu saya ada ilmu tenaga batin, aku bengkok kan karang.. hahahah (gurau ja)
[Jaga Adab] Jaga adab dengan guru, masyarakat dan jangan meninggi diri. Yang ini saya cakap am sahaja. Sebab saya pun tak bagus. Kawan pesan kat saya hari tu. Dia pun cakap am kat saya, seminggu termenung, mungkin ada nampak sombong mana-mana saya dah minta maaf dengan dia. Sekadar pesan sahaja.
[Pengorbanan] Antara pengorbanan dalam belajar dan amal ilmu ialah, masa dan kos. Jangan kedekut. Nak ilmu tapi berkira duit. Senang sahaja, nak ilmu sila bayar apa yang menjadi feenya. Jangan timbul soal mahal atau letak harga.
Kalau guru itu tak ikhlas, anda tidak semestinya sedemikian, kita nak ilmu sahaja. Pembawaan masing-masing.
Begitu juga masa. Bila belajar, kena serahkan masa kepada ilmu. Bila amal, orang datang tetap kena layan. Kena ingat sebelum ambil keputusan nak amal.
Banyak lagi nak pesan tapi lain kali kita sambung. Cukuplah nasihat amatur kepada newbie.
Kalau tidak faham, sila baca banyak kali


 

0 comments »

Leave your response!