Showing posts with label rawatan. Show all posts
Showing posts with label rawatan. Show all posts
, , , , ,

NASIHAT NAK BELAJAR RAWATAN & PERBOMOHAN

Monday, December 14, 2020 0 comments


Dok nanti orang tanya bab keris sebab banyak sangat lalu post pasal keris dan senjata. Tup-tup orang tanya bab perubatan i.e Rawatan Islam dan perbomohan.
"Elok ka nak belajar berubat jugak"
Jawapan saya:
[Asas belajar] - Elok la belajar berubat. Untuk diri sendiri ataupun boleh tolong orang. Belajar perkara tu fardhu kifayah. Cuma cari guru elok kemudian ilmu elok. Mentera sebaiknya jangan. Bukan tak boleh, tapi takut jatuh haram kepada awak. Orang lain mungkin harus.
[Kebaikan orang silat] - orang silat biasanya minat benda lagu ni. Daripada tersasar perkara tak elok, cuba cari guru elok dan boleh buat kawan. Akidah terjaga, silaturrahim terbina dan manfaatnya ada.
[Risiko] - Belajar mengubat kekadang risiko untuk sakit banyak. Sakit daripada kita, semasa belajar, daripada mengubat orang dan sebagainya. Sebab itu orang tua pesan, nak belajar urut patah boleh tapi kemungkinan kita baik keluarga kita patah tu tinggi sebelum dan selepas kita mula amalkan ilmunya. Apa yang tak menarik, kita tak boleh mengubat mereka. Dalam erti kata, kemungkinan ilmu kita tak mujarab bagi kebanyakan ahli keluarga itu.
Bukan kata ilmu patah sahaja. Ilmu lain pun sama. Kemungkinan juga ilmu rawatan lain seperti rawatan kanser, kita yang ada ilmu ini kena kanser. Begitulah amaran awal orang dulu. Ujian sentiasa ada.
Saya dulu pun kutip banyak amalan dan ilmu perubatan. Sebab itu amaran ini yg paling takut sebab antara pernah dikutip, ilmu perubatan tenaga batin. Bukan ilmu kebal, ilmu bawah tu.
[Adab mengubat] Samada belajar sebab nak tahu dan belajar ilmu ataupun nak amalkan untuk bantu orang atau mengubat. Samada anda ikhlas atau mencari wang, saya nak pesan sebagaimana pesan guru saya.
""Mengubat dan bantu itu bagus. Tapi jangan sekali minta upah. Sebab usaha kita hanya pada ayat Quran dan mentera atau serapah. Itu ikhtiar yang am dan penyembuhnya Allah. Jangan letak harga. Kecuali harga kos kerja khusus seperti jual air botol (utk jampi), upah cari herba, jual pokok herba, kos perjalanan, dan apa-apa melibatkan jual beli. Allah akan bantu murahkan rezeki kita." (Lebih kurang)
Saya dah komen status saya pasal bab ni hari tu.. Kena kecam teruk jugak la. Depa tak tahu saya ada ilmu tenaga batin, aku bengkok kan karang.. hahahah (gurau ja)
[Jaga Adab] Jaga adab dengan guru, masyarakat dan jangan meninggi diri. Yang ini saya cakap am sahaja. Sebab saya pun tak bagus. Kawan pesan kat saya hari tu. Dia pun cakap am kat saya, seminggu termenung, mungkin ada nampak sombong mana-mana saya dah minta maaf dengan dia. Sekadar pesan sahaja.
[Pengorbanan] Antara pengorbanan dalam belajar dan amal ilmu ialah, masa dan kos. Jangan kedekut. Nak ilmu tapi berkira duit. Senang sahaja, nak ilmu sila bayar apa yang menjadi feenya. Jangan timbul soal mahal atau letak harga.
Kalau guru itu tak ikhlas, anda tidak semestinya sedemikian, kita nak ilmu sahaja. Pembawaan masing-masing.
Begitu juga masa. Bila belajar, kena serahkan masa kepada ilmu. Bila amal, orang datang tetap kena layan. Kena ingat sebelum ambil keputusan nak amal.
Banyak lagi nak pesan tapi lain kali kita sambung. Cukuplah nasihat amatur kepada newbie.
Kalau tidak faham, sila baca banyak kali


 

Read the full story

,

BEKAM PERCUMA SEPANJANG 2019

Wednesday, December 26, 2018 0 comments


BEKAM PERCUMA SEPANJANG 2019

Ini adalah khidmat masyarakat yang kami bawakan antaranya di tahun 2019. Tarikh-tarikh bekam telah dinyatakan di poster berkenaan.

Lokasi tepat boleh diperolehi dengan Whatsapp nombor pertama di poster atau di 0139307961.

Bekam dibuat oleh ahli mahir diketuai oleh Encik Rahmat yang amat berpengalaman sebagai pembekam dan tenaga pengajar bekam.

Bekam asas adalah percuma dan jika ada bayaran ikhlas amat dialukan bagi menampung kos-kos sampingan semasa perjalanan rawatan.

Terima kasih.


Read the full story

, , , , , ,

Manzil Sebagai Amalan Khas KSSG

Thursday, December 19, 2013 0 comments


Himpunan ayat-ayat dalam Manzil ada juga dikenali sebagai ayat 33. Turut juga ayat sama di dalam Matsurat mahupun Zikir-zikir lain termasuk digunakan sebagai Rukyah.

Memandangkan kebanyakan Gurulatih KSSG menggunakan Manzil sebagai amalan harian, KSSG sepakat menggunakan MANZIL sebagai amalan selepas latihan dan ditekankan amalan setiap hari buat pelatih KSSG.

Selain amalan diperolehi silat Seni Gayong di KSSG, ditambahkan amalan ini sebagai asas. Selain amalan biasa yang sedia ada, ia bagus sekaligus untuk Rukyah yang menjadi sebahagian yang diajarkan kepada ahli KSSG.

Semoga amalan bermanfaat..


Read the full story

, , , , ,

Kursus Perubatan Islam Anjuran KSSG & TIAF

Friday, January 22, 2010 4 comments

Pihak kami telah sahkan kesudian rakan kita yang juga ahli silat yang kini banyak menumpukan kepada perubatan Islam di Melaka, Ustaz Wan Asrul daripada Terapi Islam Al Fatah (TIAF) untuk bersama kita dalam menganjurkan kursus perubatan Islam kali pertama di Puchong di bawah anjuran pihak kami.

Kandungan kursus akan disediakan sepenuhnya oleh Ustaz Wan Asrul dan kesemua kelengkapan lain akan disediakan oleh pihak kelab.

Pihak kami berharap kursus perkongsian ilmu tersebut kelak akan merancakkan lagi kursus-kursus perkongsian ilmu yang bakal diadakan oleh pihak kami pada tahun ini.

Selain daripada perkongsian ilmu yang bakal dilaksanakan tersebut, semua majlis dan kursus yang bakal diadakan oleh kami akan membuat kutipan dana bangunan bagi membolehkan pembelian satu premis berharga RM200 ribu pada akhir tahun 2012. InsyaAllah.

Read the full story

, ,

Lawatan Ke PSSPGM Terengganu Kali Ke-2 Tahun Ini

Wednesday, September 09, 2009 0 comments

Lawatan ini dibuat kepada Cikgu Haji Omar oleh ahli KSSG pada 05.09.2009 tempohari.
Biarlah sekeping gambar ini memberikan inspirasi kepada anda mengenai dua generasi Gayong yang jauh usia dan pengalamannya.
Selebihnya di tangan anda... fikirkan mengenai masa depan Silat Seni Gayong
Read the full story

Sekitar Kursus Bekam pada 02.11.2008

Monday, November 03, 2008 0 comments

Setinggi penghargaan kepada Encik Rahmat selaku tenaga pengajar kursus bekam yang diadakan pada hujung minggu lalu. Kursus yang dijadualkan jam 10 pagi sehingga 4 petang hanya tamat pada jam 6 petang setelah masing-masing ingin teruskan bekam dalam jumlah yang banyak sekaligus dapat bekam FREE.

Terima kasih atas pelaksanaan program tersebut dan sokongan semua pihak. Bagi yang berminat untuk berbekam, sila hubungi nombor telefon ditepi laman ini. Manakala kursus akan diadakan lagi pada Disember 2008.

Encik Rahmat (Pengerusi HPA Bahagian Puchong) selaku pengajar kursus bekam dan diagnosis tapak tangan memulakan praktikal dengan menunjukkan cara yang betul dan kemahiran tambahan.

Darah kotor yang dikeluarkan amat banyak dan kepekatannya membuatkan ia kelihatan seperti jeli.

Selain daripada pengetahuan asas bekam, kemahiran tambahan seperti kebersihan, cara pengendalian yang betul serta poin yang tepat akan memberikan kesan yang positif dalam proses berbekam.

Rizal mencuba bekam ke atas Hasrul selaku praktikal dan ujian pada hari tersebut. Berjaya & Lulus dengan Cemerlang serta Terbilang. :)

Ujian dan Praktikal sepatutnya 1-2 poin sahaja. Tapi semua peserta buat praktikal dan ujian sampai 4-6 poin bekam. Pukul 6.00 petang baru tamat kursus.

Antara alat bekam yang berkualiti tinggi yang digunapakai ketika kursus.

Poin bekam sunnah yang seeloknya dicuba dahulu sebelum mencuba poin bekam yang lain.
Read the full story